Do Cats Drink Cold Or Hot Water?

Hi korang! Harini nak cerita tentang pentingnya pengambilan air untuk kesihatan kucing. Btw, kadar pengambilan air untuk indoor atau housecats adalah rendah (low-water drinkers) berbanding dengan kucing biasa. Kadang-kadang, kucing ni agak cerewet walaupun hanya hal berkaitan dengan air minuman mereka. Terfikir jugak, dorang ni boleh minum ke minuman sejuk? atau hanya air biasa? 

Jika korang perasan, kucing korang tak minum dengan secukupnya korang boleh cuba ubah suhu air minuman mereka atau tukar bekas minuman dorang. Makanan dalam tin (wet food) adalah dan cara terbaik untuk menggalakkan pengambilan air bagi kucing kerana terdapat hampir 60% air dan obviously memang si bulus suka wet food ni berbanding dengan kibbles.


Suhu Air Minuman
Tak pernah lah pulak Kak Bell nak buat uji kaji ni lagipun Malaysia ni kan panas dan lembap sepanjang tahun. Dari pembacaan, semasa musim panas kucing juga lebih sukakan air sejuk, macam manusia la jugak kan! Pada musim sejuk, kucing perfectly fine dengan air pada suhu bilik atau sedikit lebih panas (suam). Sekarang ni musim panas, kejap-kejap hujan sangat lebat, so Kak Bell saja letakkan ice-cube dalam bowl minuman dorang ni. 3 beradik ni ajelah yang suka!

Minuman letak ice cubes

Fussy Cats
Air perlu ditukar setiap hari dan kucing sangat sensitif kepada rasa air. Sesetengah kucing tidak suka rasa air paip. Tapi anak-anak bulus Kak Bell memang suka sangat tap water. Bergelen letak air masak dalam bekas, sikit je dorang minum! Di antara alternatif lain yang korang boleh cuba seperti:
1) Air yang ditapis (Filtered)
2) Air suling (Distilled)
3) Air botol
4) Air sejuk (Refrigerated)
5) Kiub ais

Anak-anak kat rumah ni memamg cerewet. Kalau letak baja haiwan dalam minuman dorang, memang tak minum lah jawabnya. Kita ni letak, nak suruh gemuk, cantik. Terpaksa lah layan kehendak nak minum water tap.

Ideal Bowl
Bekas minuman kucing, haruslah dibasuh setiap hari sebab bau pada bekas minuman yang tak dicuci akan menyebabkan meow pun tak selera nak minum air! Penggunaan bekas seramik dan bekas stainless steel lebih baik untuk menghalang pertumbuhan dan perkembangan bakteria pada bekas minuman si bulus.Penggunaan cat fountain juga bagus untuk kekalkan kesegaran air minuman dorang. Selalunya, dorang ni memang suka minum dari cawan minuman kita. Nak jugak share minuman dari cawan jugak!



Jika kucing korang tidak minum air, suhu mungkin tidak masalah. Pastikan korang gantikan dan basuh bekas minuman sentiasa supaya air minuman dorang sentiasa segar. Dengan cara ni pun, boleh meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan usia si bulus korang. Kalau hari tengah panas terik tu, bolehlah bagi minum air dengan tambahkan ice cubes. Sejuk tekak si bulus!


CONVERSATION

2 comments:

  1. Seronok ade peneman manja gini. Nak beli mahal.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Yup Mister Zarif. Peneman setiap waktu. Minat kucing juga ya.

    ReplyDelete

Back
to top