10 Tanda Kucing Menyayangi Kita

Hi korang! Memang tak dinafikan, manusia memang mudah menyayangi haiwan terutamanya kucing. Ada juga yang takut dengan si bulus ni, ibarat macam nampak anak harimau! Yang tak boleh nak hadam pulak, terdapat juga segelintir manusia ni yang berperangai lagi hina dari binatang. Hari ni je kat FB newsfeed ternampak kisah penderaan binatang. Kisah seorang lelaki berusia 25 tahun yang membuang seekor kucing daripada tingkat 10 di Singapura  dan kemudian menghentak ke lantai hingga mati, dah dijatuhi hukuman penjara 18 minggu. Satu lagi kisah anjing, Milk yang dilukakan dengan pisau di beberapa bahagian muka! Memang tak sangguplah nak baca artikel tu, dah nampak gambar terus scroll aje ke bawah. Sakit hati bila nampak! Kejam dan syaitan sangat perangai korang kan!


Okay, kita biarkan isu tadi tu. Semoga dapat balasan dari tuhan kan selayaknya! Kisahnya nak kongsikan betul ke kucing kita ni sayang kat kita. Kita sebagai pemilik semestinyalah sayangkan kucing kan. Btw, bukanlah menjadi satu isu pun. Memang kita tahu yang kucing ni memang haiwan yang manja. Tapi memang ada tanda-tanda jika kucing ni menyayangi kita. Buat catlovers ada tak kucing korang yang tunjukkan tanda-tanda macam ni? Ha, maksudnya dorang tunjuk kasih sayang dorang la tu. Cuma kucing tak boleh bercakap aje kan! Hehe.

1) Mengusap kening, menempel pipi
Ni memang biasalah ditunjukkan oleh si meow. Menempek je 24 jam, mengusap2 kening, muka kat kita. Biasanya, nak mintak makanan la tu! Kadang-kadang tu, sampai kat hujung perabot dorang ni mengusap-usap muka kan. Lepas tu , siap cakar sekali perabot dan katil. Dah sembur pet repellent spray pun tak jalan. Layan kan ajelah.


2) Mengangkat bontot bila di usap
Kalau tengah usap dorang ni kat badan, mesti ada yang mengangkat bontot dorang kan? Gatal nak mengawan ke apa ni! Actually, dari gerak bontot kucing menunjukkan mood's measurement bagi kucing. Kalau dorang, angkat bontot pelan-pelan masa mengusap tu, menunjukkan si bulus senang berada dekat kita.


3) Mengedip mata dengan perlahan
Eye contact atau kerdipan perlahan mata kucing tunjukkan dorang percaya sepenuhnya dan anggap kita macam sahabat gitu. Si Muezza ni pejam mata sebab sayang ke menyampah kat mama ni ek?



4) Purring
Kalau korang dukung atau peluk si bulus ni dan purring, ni menunjukkan kucing rasa tenang dan nyaman dengan kita dan juga persekitarannya. Ni Cik Hitam, jelirkan lidah pada Kak Bell tak tahu apa masalahnya. Hehe.


5) Duduk & tidur berdekatan
Ni dah macam bodyguard lah pulak. Setiap masa nak berkepit. Tengah busy nak menaip, time tu lah nak pijak keyboard! Kalau si bulus ni suka duduk dan hujung-hujung tertidur kat kita, means dia sayang la tu. Nak berdekatan aje dengan kita. Macam kau milikku gittew!



6) Memijak-mijak tubuh
Tak semua kucing Kak Bell pijak-pijak badan. Cuma Cik Lucy, Sky, Cik Putih, Combi dengan Si Kecik aje yang selalu memijak. Yang lain, tak ada. Si Muezza pulak nak peluk or duduk atas badan memang mimpilah! Kekwat! Kalau dorang buat macam ni, menandakan dorang sayang kita selayaknya macam dorang sayang mak dorang.

7) Menjilat telinga, rambut
Biasa kita tengok, si bulus ni akan saling menjilat tubuh kucing yang lain or like ibu kucing menjilat anak-anak dorang. So, dorang ni pun dah mengangap kita sebagai keluarga dorang. Anak Kak Bell, cuma si Sky yang selalu menjilat kepala, rambut. Sampai siap gigit-gigit lagi tolong urutkan kepala mama dia. Sampai nak luka lah dibuatnya!


8) Bawak hasil buruan
Disebabkan anak bulus Kak Bell memang tak pernah keluar rumah, indoor cat je, so memang tak adalah bawak binatang buruan! Biasanya, kucing akan bawa binatang ni balik rumah untuk balas kebaikan kita pada dia dengan bawak binatang buruan dorang. Ni Cik Putih, cuma bawak serangga aje! Hahaha.


9) Menggigit manja
Jika kucing korang saling gigit-menggigit tu, bukanlah bermakasud dorang bergaduh. Dorang tengah bermesra bermain-main dengan adik beradik dorang. Kalau menggigit sekali dengan mengeow garang tu lain yer. Tu nak berkelahilah jawabnya! Biasanya dorang akan gigit2 manja je. Manja tak manjalah. Kalau datang gila dorang luka jugak tangan kan.


Ni dah tahap lebih ni! Sampai berdarah pulak dibuatnya. Dah dok menggarit sangat kat katil. Hujung2 terus kuku mencengkam kaki sebab nak terjatuh dari katil! Bila kene beduk, gigit pulakk tangan mama dia. Redha ajelah ye.


10) Mengeow dengan nada aneh
Mungkin dorang nak bercerita sesuatu lah tu kalau tetiba je mengeow secara luarbiasa. Entah apa yang dibebelkannya tu pun kita memang tak paham. Nak perhatian dari kita lah tu. Si Muezza ni, kalau tak ajak dia main bola kertas dia malam-malam, memang dia takkan tidur atas katil dengan Kak Bell. Bila diberi masa, perhatian macm ni, barulah bangun pagi esok dia akan tidur kat kaki. Kalau tak memang tak akan naik atas katil. Kekwat nih!


Ingat manusia je pandai cari perhatian? Kucing korang pun sama jugak. Kucing memang suka mencari perhatian supaya kita ni sayang kat dorang sampai macam-macam perkara dilakukan untuk tarik perhatian kita. Kita pun mesti akan perasan dan feling-feeling, sayang rupanya anak bulus aku ni kat aku kan! Okey tu je. Dah penat. Nak pergi rehat. Esok-esok kita citer pasal movie The Last Vampire Princess yang agak laha itu yer. Kay Bye.





















CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top