The LEGO Batman Movie : Saved The Day. Again! (2017)

Hi korang! Malam semalam Kak Bell pergi menonton The LEGO Batman Movie : Saved The Day. Again! dan again juga dapat tiket daripada KLIPSMY. Thank you ya! Masa sampai nak collect tiket, tengok dah penuh dengan manusia di depan GSC Mid Valley. Bukan KLIPSMY je ada bagi tiket preview screening semalam. TV3, Meloday FM juga Budiey.Com pun ada. Patotlah meriah nau-nau suasananya.


Ni sekitar ticket collecting. Memang ramai orang nak bergambar dengan Batman & Robin. Kak Bell sempat snap dari jauh ajelah. Nampaklah kelibat sorang dua artis pada malam tu. Salah sorangnya Shasha Saidin. She looked so gorgeous!



Filem komedi superhero, The Lego Batman Movie  2017 ni diarah oleh Chris McKay. Dalam banyak-banyak sekuel The Lego ni, edisi kali ni paling best. Ada juga part yang ' touching' but still in the fun ways. Batman pun emosi jugak tau! Dalam cerita kali ni, Batman/Bruce Wayne (Will Arnett) berdepan dengan lebih ramai supervillains yang nak musnahkan Gotham City. Ketua penjahat, The Joker (Zach Galifianakis) dalam cerita ni rekrut penjahat2 baru yang dikurung di Phantom Zone. Yang kelakarnya siap ada Sauron (Jemaine Clement), King Kong, the Wicked Witch, Lord Voldermoth (Eddie Izzard) pun ada! Haha. Penjahatnya memang banyak, sampai Kak Bell pun kenal sape watak jahat tu!

Serang hendap kat rumah Superman

Scene Batman yang kesunyian

Well-know, si Batman ni kan ego, suka bergerak sendiri, tak nak berkerjasama dengan orang lain. Dalam citer ni, Batman accidentally adopted sorang orphan yang hujung-hujungnya jadi Robin (Michael Cera) dan kemunculan Batgirl/Barbara Gordon (Rosario Dawson) yang turut menjadi team Batman selain Batman's loyal butler Alfred Pennyworth (Ralph Fiennes). Dulu2 kalau ada emergency, just nyalakan lampu ada yang lambang Batman je. Sekarang ni dah ada 4 lambang dah! Dalam movie ni, Batman belajar bekerja secara berpasukan dan menghargai nilai persahabatan/kekeluargaan untuk selamatkan Gotham City daripada serangan The Joker. Yang lain-lain korang tengok sendirilah.

Batman crush dengan Batgirl

Ada scene Joker mengalir air mata



Overall, iols suka cerita ni. Banyak scene-scene kelakar dan plot cerita pun menarik. Best! Budak2 mesti suka kan tengok LEGO ni. Lepas movie habis, sakit leher sebab pilih seat depan sangat! Tersilap tengok skrin belah mana katanya!

Berapa bintang nak bagi? : 8/10





Sebelum balik tu, sempat menyinggah kejap tengok promotion sempena The LEGO Batman Movie di Centre Court Mid Valley City. Bolehlah bawa anak-anak tengok Batman yer. K Bye!


I saved the world again today!



CONVERSATION

5 comments:

  1. Seriously , lyn x minat tgk cite animasi kt wayang, tp kali ni mcm nak tgk je sbb kak bell kate best.. 😊

    ReplyDelete
  2. Seriously , lyn x minat tgk cite animasi kt wayang, tp kali ni mcm nak tgk je sbb kak bell kate best.. 😊

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni pun tak berapa suka ciyer ni. Tengok yng 1st je. Kali ni best. Sebab bnyk scene kelakar.

    ReplyDelete

Back
to top