Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Hi korang! Harini Kak Bell kongsikan resepi dessert pulak. Ada lah kawan kita ni, Cik Suri dan Amaniwati ni bagi cadangan buatlah pencuci mulut pulak. Asyik resepi nak menaikkan badan aje yer. Sebenarnya Kak Bell ni memang tak rajin nak buat dessert atau pastri. Rasa macam susah aje nak membuatnya. Yang senang dan mudah tu pernahlah buat kan. So, kali ni Kak Bell cuba buat puding  roti dengan sos kartard. Walaupun semua orang pun pandai buat, Kak Bell cuba juga nak tengok menjadi ke tidak yer dalam pembuatan dessert ni. Yang penting keinginan nak mencuba. Iye tak? Korang-korang yang berbakat tu, sudi-sudilah ajar Kak Bell ni.


Bahan-bahan:
Roti Kosong (ikut suka berapa keping)
1 tin susu cair (375ml)
Sedikit susu pekat
Air
2 biji telur
2 sudu tepung kastard
1 sudu esen vanilla
1 sudu besar mentega
Sedikit kismis

Cara membuat puding roti;
1) Pukul telur+esen vanila+gula perang hingga sekata, Kemudian tambahkan susu cair dan sedikit susu pekat, kacau adunan sampai sekata.
2) Sapukan loyang dengan mentega.
3) Susun roti dan kismis di setiap lapis. Ikut suka nak potong dan susun roti macam mana.
4)Tuangkan adunan tadi dan pastikan semua lapisan roti kena. Boleh taburkan lagi kismis di lapisan atas roti.
5) Kukus di atas api sederhana, selama lebih kurang 20-25 minit.
6) Dah masak, sejukkan puding roti dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Cara membuat sos kastard:
1) Campurkan susu cair+susu pekat+gula perang+2 sudu tepung kastard dan air secukupnya ikut kepekatan yang korang nak.
2) Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul). Sukatan susu dan gula ikut suka.
3) Masak atas api perlahan dan sentiasa kacau. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
4) Tuangkan sos kastard ke atas puding roti yang telah disejukkan tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Pukul telur+esen vanila+gula perang

Susun roti dan kismis di setiap lapis

Kukus +/- 20 minit atas api sederhana

Puding roti dah disejukkan

Dah pun siap. Ok ke tidak percubaan Kak Bell ni. Bolehlah cuba ya. K. Bye!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top