Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Hi Korang! Semalam Kak Bell cuti so macam biasa memang kena memasak lah. Hari biasa bekerja pun kena masak juga kan. Cadangnya nak masak ikan stim but malas pulak nak ke pasar mencari ikan. Kalau nak buat masak stim, mestilah pakai ikan yang besar dan sedap kan. Duitnya pun besar la yer. Hiks! Paling rajin pun, beli ikan kat bawah rumah ni ajelah. Tengok-tengok ikan apa yang ada, nampaklah si ikan cencaru. Jadinya, decided masak Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Mencari jugak kelapa parut  jika ada. Mostly semua barang2 di kedai takde, habis, kedai pun banyak tutup. Rasanya, cuti CNY dah lama habis, Thaipusam pun dah berlalu. Mungkin tokey kedai sambung berehat cuti panjang gamaknye kan. Jadi, buat sambal biasa ajalah. Ikan cencaru ni sedap dibakar atau pun goreng. Kalau dah bakar, mesti lah ada air asam sebagai peneman. Gittew!

Dah pilih 2 ekor ikan cancaru, cantik molek then lepas timbang suruh orang kedai siangkan. RM2 je seekor. Lepas dah bayar, tengok ikan cencaru Kak Bell habis disiangnya. Bahagian mulut ikan, ekor dan kulit keras tu dah dibuang. Aiyooo! Kak Bell pun lupa pulak nak bagi tahu cuma buangkan insang dan isi perut aje. Disebabkan takut kena cerca, so Kak Bell beli sekor lagi ikan cencaru. Nanti korang cakap Kak Bell emosi ke masa menyiang ikan. Sampai hancur ikan jadinya! Hahaha. Btw, tak baik membazir. Kak Bell masak lah jugak ikan cencaru yang 2 ekor tu. Bahagian perut dah di belah, bahagian belakang pun sama dibelah. Jadinya, Kak Bell sumbat kedua-dua bahagian dengan sambal! Macam-macam hal!  Untuk sambal tu, ada yang goreng sekali dengan ikan. Tapi Kak Bell, goreng masak dulu sambal untuk elak sakit perut, sumbat dalam ikan dan barulah goreng ikan tadi. Hasilnya sedap sangat, meresap rasa sambal dalam isi ikan. Okay, jom tengok resepinya.


Bahan A
3 ekor Ikan Cencaru
Sedikit garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan B (bahan tumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus-kisar)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu gula pasir
Sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:
1) Tumbuk semua Bahan B. Kemudian tumis semua bahan tumbuk sehingga sambal wangi dan garing dengan sedikit minyak.
2) Perasakan dengan garam, gula secukupnya. Masak hingga sambal masak dan sedikit garing. Kemudian angkat dan sejukkan.

Bahan tumbuk

Dah siap tumbuk

3) Siang ikan cencaru, belah bahagian belakang. Btw, tak payah buang bahagian kulit keras kat ikan tu. Garam dan kunyitkan.


4) Sumbat sambat yang dah digoreng tadi kat bahagian belakang ikan tadi. Kalau dah terbelah bahagian perut, letak je dalam kedua-dua belah.



5) Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan cencaru tadi sehingga masak kedua-dua bahagian.
6) Toskan minyak dan sedia dihidangkan.


Siapp! Kaedahnya, saja Kak Bell taburkan daun kari tu. Bukannya apa, ada jiran kat penthouse ni bagi sedahan pokok kari. Tak taulah Kak Bell nak buat apa banyak nau ni. So, taburkan ajelah dalam ikan goreng cencaru ni. Esok kena buat masakan kari lah gayanya ni. Hiks! Sedap sangat ikan cencaru sumbat ni. Sambal dia sangat sedap. Eh puji diri sendiri la pulak yer. Nanti korang cubalah buat. Konpem sedap. Kay Bye!

Sedahan pokok kari!

TIPS!
  • Tak payah buang bahagian kulit keras kat atas ikan.
  • Gunakan sedikit minyak (secukupnya) masa menggoreng ikan supaya sambalnya tak terkeluar semasa menggoreng ikan.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top