Pengat Pisang Mudah

Hi korang! Harini Kak Bell nak share satu resepi mudah untuk pencuci mulut. Senang dibuat, sedap dimakan begitu sahaja. Macam roti Gardenia la pulak ya. Dah lama nak buat pengat pisang ni. Korang boleh gunakan apa jenis pisang seperti pisang nangka, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk pun boleh. Kak Bell guna pisang Raja, sebab tu je yang ada. Sebenarnya tak pandai nak tahu jenis pisang ni. Pandai makan aje. Hentam sahajalah ye Bedah, yang penting pengatnya menjadi.


Bahan-bahan:
5 biji pisang
1-2 ketul gula melaka
1 cawan santan
2 sudu teh gula pasir
Sedikit air
Garam
Daun pandan

Cara membuatnya:
1) Masukkan gula melaka, gula pasir dan sedikit air. Masak sehingga gula cair.
2) Kemudian masukkan santan dan daun pandan, masak hingga santan mendidih.


3) Kacau sentiasa untuk elak santan berketul. Dah mendidih bolehla masukkan pisang.
4) Tambah sedikit garam untuk tambah rasa lemak dan boleh tutupkan api.


TIPS!
  • Kalau tambahkan sagu, boleh masukkan sikit sahaja semasa didihkan santan. Letak sikit untuk elak kuah kering dan terlalu pekat.
  • Sukatan santan, agak-agak santan tu boleh tenggelamkan pisang yang kita nak buat.
  • Kuah santan kena kacau kerap atas api perlahan untuk elak kuah berketul.


Dah pun siap. Korang boleh sesuaikan kepekatan dan rasa pengat ni samaada nak gunakan banyak mana sukatan untuk santan, gula pasir dan yang lainnya. Agak-agak ajelah ikut kesukaan rasa masing-masing. Selamat mencuba ya!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top