Cekodok Ikan Bilis Daun Kucai

Hi Korang! Kalau waktu petang tu, bila dah lapar mesti rasa nak mengunyah kan. Kudap-kudap orang kata. Tambah pula, bila datang hujan, maka marilah kita ke dapur nak sediakan minum petang. Kaedahnya, beras kat rumah Kak Bell habis, tak sempat nak membeli beras. Nak turun ke bawah beli beras terasa kemalasannya. Nak suruh suami beli, tak ada suami. Anak berbulus je ni ha. So, paling simple, paling mudah, Kak Bell buat cekodok atau cucur bilis aje. Macam-macam cara boleh buat cekodok ni, nak tambah apa-apa pun boleh. Sebelum ni Kak Bell pernah share resepi Cucur Tauhu Sedap. Hari ni, Kak Bell buat Cekodok Ikan Bilis Daun Kucai.


Bahan- bahan:
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis
2 labu bawang besar
2 pokok daun kucai
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

Cara Membuat:
1) Masukkan bawang merah, daun kucai dan ikan bilis ke dalam tepung gandum. Gaul rata. Kemudian tambahkan garam secukup rasa (anggaran 1 sudu teh).
2) Masukkan telur, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.
3) Boleh tambah air atau tepung lagi jika adunan terlalu cair.
*Adunan jangan terlalu cair, nanti cucur berminyak dan rupanya mungkin seperti lempeng!
4) Panaskan minyak dan goreng adunan cucur ikut saiz yang korang suka.Pakai sudu makan je senang.
5) Goreng hingga kuning keemasan, ulang sampai habis adunan.

Senang kan? Kalau terlebih adunan boleh simpan dalam peti sejuk, goreng pula besok yer. Mudah dan cepat. Selamat bercucur. K bye!

TIPS!
  • Telur ditambah untuk lembutkan adunan cekodok. Nak guna sedikit air panas pun boleh.
  • Pastikan minyak betul-betul panas untuk elak cucur bilis serap minyak dengan banyak.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top