Bayam Merah Masak Air

Hi Korang! Sebelum ni dah kongsikan Resepi Bayam Masak Lemak PutihHarini Kak Bell masak bayam merah pulak. Bayam merah masak air. Bagi Kak Bell, rasa bayam merah ni lebih sedap berbanding dengan bayam putih. Teringat pulak kisah Raja Bersiong yang memasukkan darah kedalam masakan gulai bayam untuk santapan. Akibat dari tukang masak raja yang suka berangan-angan, tanpa disedari telah terpotong jari dan darah menitik ke dalam gulai bayam raja. So, korang yang kat dapur tu, jangan kuat berangan time memasak, berfacebook bagai yer. Hehe. Sekadar selingan, iklan kejap sebelum bagi resepi. K. Bye.


Bahan-bahan:
Seikat bayam merah
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
15 ekor udang
1 biji cili merah
2 biji cili api
Air secukupnya
Sedikit garam
2 sudu minyak


Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2) Masukkan air dan biarkan mendidih.
3) Masukkan udang, bahagian batang bayam.
4) Kemudian masukkan bayam, cili merah, cili api, sedikit garam biarkan layu.
5) Dah ok, bolehlah tutup api. 






CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top