Resepi Stew Daging Dengan Arrowroots

Hi korang! Actually resepi yang ni dibuat sekali dengan Kerepek Berempah Ngaku semalam. Disebabkan dapat bahagian arrow root aje, tapi Kak Bell cuba masak jugak sebab nak rasa punya pasal. Lepas dok membelek-belek resepi, tengok semuanya tak sesuai sebab semua pun pakai arrowhead and mostly memang resepi dari kaum Cina lah. So, Kak Bell gunakan Italian resepi untuk masak stew daging ni, then olah-olah sikit sebab nak sesuaikan dengan tema CNY! Kekononnya bila pakai buah ngaku dan daun kucai dalam stew ni, adalah kena sipi-sipi dengan tema yer.

Nak masak stew ni memang mudah. Lebih mudah dan cepat jika gunakan pressure cooker. Kalau takde, periuk biasa pun ok! Cuma masa daging nak empuk tu memang lamalah. Dari KL ke Rawang pun boleh sampai! Hehe. Untuk resepi stew daging, korang boleh tambah apa sahaja jenis daging, apa saja jenis sayuran yang korang nak makan. Buat ikut suka hati dan tekak korang. You're the boss! Disebabkan Kak Bell gunakan arrow roots, so masa memasak tambah lagi lama sikit lah. Lambat pulak, arrow roots ni nak empuk. Kalau pakai kentang, dah lama dah masuk dalam perut kan stew daging ni. Well, jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:
500gram daging lembu/kambing (potong kiub)
Potongan kiub arrowhead/arrowroot
1 biji bawang holland (potong dadu)
2 ulas bawang puth
Sedikit lobak merah
Daun kucai
 Italian Herb Oregano & Rosemary
*ganti bay leaf, thymes
2 sudu tepung gandum
Serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Air secukupnya



Cara memasak:
1) Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan daging dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Goreng daging hingga keperangan (5-7minit). Kemudian angkat daging.
2) Tumiskan bawang holland, bawang putih dan kiub arrowhead/arrowroot. 
3) Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau supaya tak berketul. Boleh tambahkan sedikit lagi garam dan lada hitam. Kacau rata.
**Kalau pakai kentang atau bahan lain, masukkan semua jenis sayuran yang korang pakai kat step ni. Boleh juga tambahkan pes tomato kalau nak.
4) Masukkan semula daging dan air secukupnya. Bubuh air ikut paras daging/bahan dalam periuk.


5) Masukkan semua herbs kering Oregano & Rosemary. Tutup periuk dan biarkan sampai daging dan arrowhead empuk/lembut.
6) Bila bahan-bahan dah empuk, masukkan lobak dan juga daun kucai. Bolehlah uji rasa tambah apa yang patut.
7) Bila semua dah matang, dah ok, bolehlah tutup api dan dihidangkan.

Ok dah pun siap resepi stew daging dengan arrowroots. Rasanya not bad. Bolehlah. Disebabkan Kak Bell guna bahagian akar, so rasa ubinya agak berserat dan lemak. Kak Bell tanya balik kawan yang pernah masak bahagain arrow root ni, katanya dia buat inti kuih. Lepas rebus empuk, buang serat dan ambil isinya. Btw, keseluruhannya tak berapa sesuailah gunakan arrowroots ni. Next time, nak cuba dengan arrowhead pulak. Tak adalah mission failed, eksperimentasi gittew kan! Kalau sesape ada resepi yang bagus, bolehlah share dengan Kak Bell yer. Muahh. K Bye.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top