Ikan Kembung Masak Lemak

Hi korang! Macam biasalah untuk masakan hari ni, Kak Bell ulang resepi yang sama je. Tapi guna bahan yang berbezalah. Harini tekak teringin nak makan gulai lemak ikan kembung. Kebiasaannya bila kita masak ikan masak lemak kuning, kita akan gunakan cara merebus sahaja seperti masak lemak cili padi. Sebelum ni tak pernah masak menggunakan labu air, so harini Kak Bell tambahkan dalam masakan hari ni. Untuk resepi-resepi masak lemak yang pernah Kak Bell kongsi seperti Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas, Ketam Masak Lemak Cili Api Bersama Timun, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan resepi yang selalu orang buat Resepi Ayam Masak Cili Api. Kalau nak cuba resepi yang lain tu, klik aje kat nama resepi tu ye! Semua masak lemak cili api aje yer sebab senang dan sedap kan! Kay jom tengok bahan-bahannya.


Bahan A
2 ekor ikan kembung sederhana besar
1/2 biji labu air
2 helai daun kunyit (sehelai diracik)
1 batang serai (diketuk)
1 cawan santan kotak
Perisa ayam Knorr
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
15 biji cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 cawan air


Bahan Kisar

Cara-cara membuatnya:
1) Kisar semua Bahan B hingga lumat.
2) Masukkan semua bahan kisar tadi dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan dan kacau rata sampai mendidih.
3) Bila dah mendidih, masukkan labu air dan biarkan masak sampai lembut. Kalau tak cukup air/kuah bolehlah tambah.
4) Kemudian masukkan ikan kembung dan tak perlu kacau sangat, takut ikan hancur.
5) Bila ikan dah masak, masukkan santan, daun kunyit, perasakan dengan garam & perasa. Kak Bell pakai kiub ayam Knorr.
6) Biarkan  mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.



Okay dah siap. Siap bagi jiran sebelah lagi merasa ikan masak lemak kuning ni. Katanya nanti dia datang dengan tepak sireh pulak! Wow, sedap sangat lah kot nampaknya masakan Kak Bell kali ni. Alhamdulillah, akhirnya dah ada pertunangan! Haha! Selamat memasak ye korang. Bye.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top