Custom Touch 'n Go Photocard

Hi Korang! Happy New Year 2017. Pergi celebrate tengok bunga api ke malam semalam? Kak Bell celebrate kat jendela rumah aje semalam. Semua tempat pun nampak. Paling dekat celebration di Mid Valley Megamall. Okay, harini cuma nak sahare tentang Touch 'n Go Photocard. Servis ni dah lama dah tapi Kak Bell baru je buat 4 bulan yang lepas. Sekarang ni pun, tol pun semua dah pakai Touch ‘n Go atau SmartTAG. So, kalau nak kelainan bolehlah buat kad Touch n Go macam Kak Bell ni. Cantik ke tidak??


No two persons are alike, so no two Touch ‘n Go cards should be alike, right? Amboi, bukan main yer! Kalau adik beradik kembar sama jugak nanti kan. Hehe. Actually, korang boleh personalise kad Touch ‘n Go korang dengan gambar. Gambar apa-apa pun boleh.

Touch 'n Go Photocard service ni available di Touch 'n Go Bangsar South Hub, NU Sentral Hub dan Wisma Nufri Johor Bahru Hub. Korang boleh bawa gambar atau grafik yang hendak dicetak pada kad dalam thumb drive atau kamera digital korang dan isi borang permohonan untuk photocard servis ni di kaunter mereka nanti. Harga kad tersebut ialah RM21.20 (tanpa nilai) setiap satu dengan jaminan 1 tahun warranti. Kad akan dapat immediate. Siap pada hari yang sama ye korang.

Touch 'n Go card reload value 
Min: RM10, Max: RM500
*Maximum card limit atau maksimum reload value ialah RM1500

Kadang-kadang bila nak reload kad tu mesti fikir nak top-up kat mana sebab tak nak kena caj kan. Korang boleh check kat bawah yer untuk caj perkhidmatan yang dikenakan bila reload kad Touch 'n Go.

1. Highways Nil
2. Public transports (LRT/KTM Komuter) Nill
3. Touch 'n Go SPOT at Petrol Stations Nil
4. CIMB Bank ATMs (users must have an ATM account) Nill
5. Bank ATMs (users must have an ATM account) RM0.53
6. Bank CDMs (open to all customers) RM0.53
7. Third party agents RM0.53
8. Petrol Stations RM0.53

Untuk FAQ rujuk > http://bit.ly/2ikAAf9 atau boleh hubungi careline: 
603-2714 8888.

Tu aje pun. Saje je nak tunjuk yang kad Touch 'n Go Kak Bell cantik! Hehe. K Bye!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top