Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Hi korang! Ni menu makan malam semalam bersama dengan Kerabu Kacang Botol. Sebenarnya ni pertama kali masak daging tetel ni. Memula tu agak pelik sebab tak pernah dengar dan makan benda ni. Daging tetel ni bermaksud, daging yang masih ada lemak-lemak dan urat dan yang seangkatan dengannya pada daging tu. Di sebabkan kawan kita yang seorang ni suka makan daging tetel, so Kak Bell pun cubalah masak resepi ni. Nak mencari tetel ni pun payah. Tak ada jual di pasaraya biasa kat shopping mall tu. Yang ada semalam pun Australian beef tapi faham-faham ajelah harganya macam mana kan! Kalau nak dapatkan daging tetel ni, lebih senang cari di pasar-pasar basah. Tapi Kak Bell malas nak menempuh jammed ke pasar basah Chow Kit so beli sahaja daging yang bertetel lite2 itu. Kak Bell gunakan daging lembu dan juga daging kerbau. Dah suami nak makan, so kita masakkan ajelah. Suami ilusi aje pun, realitinya masak sendiri, makan sendiri je. Hiks. Bagi yang tak pernah makan tu, bolehlah cuba Resepi Asam Pedas Daging Tetel yang tak berapa sangat tetelnya ni. Jom masak!


Bahan A
700g daging (dipotong kecil)
7 helai daun limau purut
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
2 tangkai daun kesum
1 bowl air asam jawa
Air secukupnya
Minyak masak
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
15-20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 biji buah keras
1 inci belacan /1 susu serbuk belacan


Tetel
Cara memasak:
1) Kisar semua bahan B sehingga lumat. Untuk cili kering, potong dan rebus dahulu, kemudian kisar. Kak Bell kisar secara berasingan sebab pengisar tak muat.
2) Rebus dahulu daging untuk pastikan daging masak sempurna dan lembut. Kak Bell tak rebus terlebih dahulu pun. Masak je terus.

Tertinggal buah keras semasa mengisar. So kasi tumbuk dalam lesung.

3) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai naik minyak, sedikit garing dan naik baunya.


4) Masukkan air asam jawa dan daging, biarkan mereneh seketika. Kemudian boleh tambahkan air dan masak sehingga daging masak dan empuk.
5) Kemudian masukkan daun limau purut, tomato, bunga kantan, daun kesum dan perasakan dengan garam secukupnya.
6) Masak dan kacau seketika sampai kuah pekat dah pecah minyak


Sedap juga ya daging tetel masak asam pedas ni. Tambahan pulak guna sedikit daging kerbau. Sempat bawa ke opis bagi kengkawan rasa. Sedap tak uolss? Btw, ada lamaran tak lepas ni?? Lets makan. K Bye.

CONVERSATION

2 comments:

  1. Thanks Bella Natasya. The taste is perfect and delicious!

    ReplyDelete
  2. Sedapbya , kena make sure daging tu masak dengan lembut kan , tak dalah liat nanti nak makan ..

    ReplyDelete

Back
to top