Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju

Hi uolss. Baru hari ni nak update tentang Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju. Kebetulan ke area Wangsa Maju nak mencari costume untuk annual dinner office. So rogerlah kawan Kak Bell, Cik Siti Fadz. Baru je tanya mana tempat best nak pergi makan. Tak sampai 2 saat dengan pantasnya dia jawab kat Cibiuk. Kalau tempat makan best, memang tanya kat dia je.. semua dia tau. Cakap je kat mana! Hiks. Btw, ingatkan restoren biasa je yang jual ayam penyet. Rupa2 nya memang restoren makanan Khas Sunda. Teringat pulak, macam makan kat restoren masa kat Bandung haritu.

Rumah Makan Cibiuk ni ada beberapa cawangan di Wangsa Maju, Shah Alam, Bangi, Melaka & Bandar Kinrara, Kajang. Kalau ada branch lain, Kak Bell tak tau la pulak. Menu masakan kat sini memang origin dari Bandung yang menyajikan tradisi Indonesian Sundanese cuisine. Gittew!


Masa weols datang tu memang dah time lunch. So memang full house. Suasana pun relax dan cozy.



Cantiknya kakak ni!

Bab menu pulak terdapat menu Tradisi Cibiuk dan juga menu Gorengan Cibiuk. Hari ni kitaorang order : Nasi Timbel Komplit Ayam Kampung Goreng (RM14.90), Nasi Timbel Komplit Lele Goreng (RM14.90) dan Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar (RM16.90). Setiap set ni termasuk dengan tauhu, tempe goreng, sayur lodeh, ulam & juga sambal Cibiuk. Untuk set Nasi Liwet tu ada tambahan ikan masin. Kalau korang nak tengok daftar menu kat Cibiuk Wangsa Maju ni boleh check kat sini > Menu Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju






Nasi Timbel Lele Goreng


Menyorot masa di Bandung haritu, setiap restoren masakan Sunda ni ada signature sup sayur yang tersendiri. Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju pun sama jugak, macam kat bawah ni (sayur lodeh). Sambal Cibiuk ni seriously memang sedap, pedas dan menyelerakan!



Aneka Sambal Cibiuk

Untuk dessert kitaorang cuba Pisang Cheese Cibiuk yang berharga RM10.90Pisang salai ni dibalut dgn roti nipis dan disalut bread crumbs. Then ditabur dengan grated cheddar cheese bersama chocolate dan strawberry sauce. Drizzled gittew atas pisang goreng nih. Pisang ni pun sedap, but kak bell tak minat cheese sangat. Dah full dengan nasik, nak habiskan pisang ni pun dah tak larat!


Pisang Cheese Cibiuk

Untuk minuman kami order Jus Alpukat (Avocado) & Barli. Banyak je lagi minuman jus yang lain epal, kiwi, guava pon ada. 

Jus Alpukat & Barli

Bagi Kak Bell memang puas dan berbaloilah datang makan kat sini. Seriously memang sedap dan boleh beat kedai2 masakan Indonesia yang lain. Harga pun reasonable dan padan lah dengan status restoren khas masakan Sunda. Btw, kat sini pun ada buat delivery service. Baca sendiri kat bawah yer.


So, memang i recommend korang datang makan kat sini untu menikmati hidangan masakan khas Sunda! Next time, harus pergi menjengah lagi. K.Bye!

BUSINESS HOURS
Sun-Thu,Sat
11:00 AM - 11:00 PM
Fri
03:00 PM - 11:00 PM

CONTACT US 
Rumah Makan Cibiuk Wangsa Maju
Block A, Plaza Wangsa Maju, No. 25-G, 25-1, 25-2, 
Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, 55330, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
03-41418000


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top