Hati & Pedal Ayam Masak Berempah

Hi korang! Suka makan hati dan pedal ayam tak? Biasanya goreng ajela hati ayam tu kan..takpun masak dengan sayur kacang panjang. Bukak je peti ais, cuma ada hati dan pedal ayam je dalam sebekas. Nak pergi beli barang untuk memasak, kemalasan sebab hari hujan. Buat korang yang ada simpan hati ayam ni, bolehlah cuba resepi Hati & Pedal Ayam Masak Rempah ni ha. Kelainan la sikit dari masak kicap tu kan!


Bahan-bahan:
Hati & pedal ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu serbuk kari
2 sudu cili kisar/cili boh
1 sudu teh jintan manis
Garam & gula secukupnya
Daun kari

Cara memasak:
1) Rebus hati dan hati ayam yang dah dicuci bersih. Kemudian tos dan sejukkan.


2) Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau nak kisar, boleh gunakan air rebusan tadi. Kak bell lagi suka tumbuk.



3) Kemudian masukkan bahan tumbuk, serbuk cili, serbuk kari dan jintan manis dengan hati dan pedal ayam tadi. Perapkan sekejap.


4) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dah diperap tadi. Masukkan daun kari, masak sampai rempah masak dan sedikit garing. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam. 

Dah siapppp! Makan dengan telur dadar campur kicap je uoll. Kak Bell saja tambahkan baby corn tu. Dah alang- alang ada 2 ketul je kan dok dalam peti so campakkan saja! Jangan lupa cuba yer. Pasti sedap! 


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top