Anak2 Lepas Surgeri Kembali Sihat!

Hi uolss. Harini saje Kak Bell nak share gambar terbaru anak2 yg lepas surgeri beberapa bulan lepas. Alhamdulillah semuanya dah kembali sihat. Cuma sekarang isu asyik nak berperang je kalau bertemu satu sama lain.

Si Muezza ni kucing pertama Kak Bell bela. Sebab kena pyometra terpaksalah dia dimandulkan. Sekarang ni manjalah sikit. Kalau tak kekwat sangat2. Tapi perangai pelik pulak tak boleh ngam dengan anak2 lain. Dengan laki dia, Si Sky pun dia nak bercakaran. Barulah nampak berisi sikit badan dia. Bulu pun dah lebat dan berkilat semula. Takpalah dah tak ada baka dia. Cukuplah dah penah beranak 3 kali. Yang penting dia sihat! Kalau bab bergambar, dia la paling senang nak pose. Dok diam aje. Yang lain2 memang tak reti duduk diam. Ni gambar2 Muezza aka Cik Zaza sekarang ni.



Ni pulak anak jantan Kak Bell. Sky nama dia. Dialah paling manja dan dengar cakap. Kalau panggil nama, marah ke mesti dia paham. Sebab asyik nak mengawan aje kejenya, so ambik keputusan dia jadi sida2. Tak larat nak menjaga ramai sangat budak. Walau dah sunat, behaviour dia memang tak berubah. Masih nak memanjat tingkap dan nak keluar rumah. Badan n bulu dia pun da start tumbuh semula. Bahagian tak de bulu tu semua sebab asyik dok panjat dan bergayut kat tingkap.

Dia ni dengan semua orang dia okey. Manja. Malam2 mesti nak masuk bilik tidur sekali. Sepanjang bela memang tak pernah berak kencing dalam bilik. Bagus sesangat! Yang pelik sekarang ni, dia suka sangat menyakat Muezza tapi Muezza tak suka. Walhal tu la laki dia! Haha. But si Sky ni ngam dengam Cik Lucy. Bini nombor dua dia.




Anak pompuan kedua Cik Lucy. Dia ni memula ambik kecik kurus je memang macam kucing biasa je. Kalo bab sakit, memang dia je yang slalu ada masalah. Sebab masalah kegatalan dia ni teruk sangat, sampai habis badan luka2. After dah lion cut, beranak, masalah telinga pulak bengkak. Dia ni pun memang manja. Mengada2. Tapi semua mak kucing lain tak sukakan dia. Tak taulah kenapa. Nasib baiklah lepas operate tu telinga dia ok. Tapi macam cacat sikitlah. Takpelah nak oii yg penting dah sihat walaupun telinga dah tak cantik! Telinga kobis orang cakap.



Telinga kobis

Ok. Ni baru cerita 3 orang anak. Ada lagi 5 ekor lagi. Tapi sayangnya, sekarang ni Kak Bell dah kena asthma yang agak teruk. Sayangnya nak lepaskan dorang ni semua. Stress pikir kan anak2 tau! Kenapalah salur pernafasan allergik dengan korang ni ek. Selagi mampu, mama akan jaga korang yerr! Doakan iols sihat yer. So sad! K nak tido dah. Bye. Assalamualaikum.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top