Resepi Ayam Masak Cili Api aka Chicken In Coconut Cream with Birds Eye Chili Recipe

Hi korang! Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua! Actually semalam still bekerja dan beraya di opis lagi kali ni. Team Raya KL gitu lah kan. So bebudak opis ni buat tema pot luck raya masakan kampung. Walaupun raya but tak buat masakan raya pun. NO Ketupat, rendang and whatsover pun! Lagipun kedai2 pun semua tutup so elok sangatlah tema kali ni. Tugasan iols buat ayam masak cili api. Nampak tak over tajuk entri kak bell harini. Senang je kan but gigihlah jam 1 pagi baru nak memasak!

Dah alang2 memasak, so kak bell share ajelah resepi nya. Masak lemak ni kak bell tumis dulu sebab takut tak tahan cili padi hidup tapi ada juga yang buat tanpa menumis. Just gunakan kunyit dan cili api je. Ikutla cara mana yang lebih di sukai kan. Ujung2 telan jugak kan. Jom tengok bahan2 nya.


Bahan A
1/2 ekor ayam
2 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit
3 biji tomato
1 batang lobak
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Santan
Air

Bahan B (bahan kisar)
15 biji cili api
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai dipotong
1 inci halia


Cara memasak:
1)Kisar semua bahan B.
2)Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar & serai yang dititik sampai naik minyak/bau.
3)Masukkan ayam & kacau rata. Biarkan seketika ayam untuk keringkan airnya.
4)Masukkan air dan biarkan ayam masak sekejap
5)Agak2 ayam dah ok, masukkan santan dan perasakan dengan garam/serbuk perasa secukupnya. Sentiasa kacau atas api kecil untuk elak santan berketul.
6)Masukkan lobak dan tomato. Kalau pakai kentang kena masuk awal2 lah, nanti kentang tak masak.

Nanti kita cuba masak tanpa tumis bahan2 kisar pulak yer. K bye. Selamat Hari Raya Korban!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top