Better Life Gains Better Future with BELA Malaysia

Hi Korang! Rasa lama sangat dah tak menghapdate. Baru2 ni kak bell pergi ke rumah terbuka seorang rakan di sekitar Kuala Lumpur. Sesambil tu macam sessi re-union gittew dengan kawan2 masa belajar di universiti dulu. Kebetulan rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan kedatangan beberapa personal diri pihak BELA Malaysia dan tuan rumah juga merupakan salah seorang sukarelawan dalam pertubuhan NGO ni. So kak bell nak perkenalkan pertubuhan BELA Malaysia ni kat korang sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan informasi dan kesedaran mengenai isu2 yang berkaitan dengan kesihatan seksual dan sebagainya.


Pihak BELA Malaysia diberikan ruang untuk memperkenalkan BELA semasa rumah terbuka tersebut pada 30hb Julai 2016 yang lepas. Selain dari memperkenalkan pertubuhan ini, pihak BELA Malaysia sempat juga berkongsi sedikit ilmu berkaitan HIV & penyakit kelamin kepada hadirin yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, yang mana berpotensi menyumbang kepada kerja-kerja sukarelawan pertubuhan ini.

Rumah terbuka Aidilfitri


BELA MALAYSIA
Pertubuhan Kebajikan Prihatin Malaysia @ Benevolent Welfare Association Malaysia atau dikenali sebagai BELA Malaysia (BELA) telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 2014. BELA Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berteraskan latar belakang berbeza dari setiap ahli jawatankuasanya tetapi mempunyai minat dan halatuju yang sama untuk membantu komuniti sasaran dalam mendapatkan bantuan yang berkaitan. BELA memfokuskan tentang pendidikan, kesedaran dan sokongan berkaitan:
1) HIV dan AIDS
2) Penyakit Kelamin (Sexual Transmitted Infections- STI)
3) Sokongan kepada mereka yang hidup dengan HIV
4) Charity work




BELA Malaysia juga menjalankan kerja-kerja amal berkaitan kebajikan kepada mereka yang memerlukan bergantung kepada dana yang diperolehi. Btw, pertubuhan ni bukanlah sebuah syarikat yang berdasarkan keuntungan. Ianya lebih bersifat sukarelawan. Berikut di antara aktiviti2 pihak BELA di Publika Solaris mengenai kesedaran HIV & AIDS.





Sebenarnya, banyak je kempen-kempen kesedaran tak sampai kepada majoriti rakyat Malaysia di sebabkan rakyat Malaysia yang kurang membaca. Memang betul kan? Melainkan dah terdesak, barulah sibuk nak mencari info dan maklumat yang berkaitan. Semasa rumah terbuka tersebut, pihak BELA menguji hadirin tentang penggunaan kondom. Nampak remah ataupun sesetengahnya malu untuk membincangkan perkara yang seumpamanya. Tapi pendidikan dan kesedaran mengenainya sangatlah penting untuk kesihatan kita.

Dari sudut kesihatan , penggunaan kondom digunakan sebagai alternatif merancang keluarga. Selain itu juga ia digunakan untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin seperti HIV, Sifilis, Gonorhea, Klaymedia dan lain-lain. Buat mereka yang aktif melakukan seks bebas, beringatlah dan sediakan kondom sebagai langkah pencegahan penyakit kelamin. Anda mampu menyumbang kepada pengurangan jangkitan penyakit kelamin yang kian meningkat setiap tahun! Untuk info2 lain yang berkaitan bolehlah lawat facebook page BELA Malaysia kay.


JANGAN AMBIL MUDAH yer uols kerana setiap tahun kes-kes HIV & AIDS dan jangkitan penyakit kelamin meningkat terutama dikalangan generasi muda. Jika sesiapa nak berkongsi info/cerita atau pengalaman mengenai penyakit kelamin boleh pm admin page BELA Malaysia. Mereka bersifat terbuka, tidak menghukum dan cuba membantu uols tanpa sikap prejudis.


Pihak BELA Malaysia mengalu-alukan kepada mereka yang hendak menyumbangkan sumbangan dari segi kewangan untuk pembiayaan pertubuhan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan matlamat pertubuhan. Kepada mereka yang mahu menyumbang boleh melalui akaun bank tertera dibawah ataupun melalui cek kepada "Pertubuhan Kebajikan Prihatin Malaysia". Kepada yang menderma/menyumbang, di minta memberi kerjasama untuk menghantar bukti pindahan/bank in slip kepada pihak BELA untuk tujuan rekod audit. Slip atau bukti pindahan boleh inbox melalui akaun facebook rasmi BELA Malaysia ya!


Jadi, untuk membantu setiap kempen kesedaran yang dibuat badan kerajaan, NGO-NGO di Malaysia terutama di laman sosial, bolehlah korang menyumbang kepada penyebaran kempen2 kesedaran yang dibuat dengan "LIKE" dan "SHARE" posting dari BELA Malaysia. Jadi sama-sama kita perluaskan semua kempen yang mana sangat bermanfaat buat kita, ahli keluarga, teman-teman dan juga rakyat Malaysia! Muah!

Email Addres: Malaysia.BELA@gmail.com
Official Facebook: BELA Malaysia (BELA)






CONVERSATION

1 comments:

Mueeid Soomro said...

The most common reason for the need to gain weight most likely is due to some type of illness. Sometimes under weight issues are caused by poor diets and improper nutrition.https://prolegalsteroids.com

Instagram

Follow Us