Resepi Sambal Tumbuk Ikan Bilis

Memang tak lengkap hidangan tanpa sambal bagi tekak orang Melayu. Ibarat tak cukup rasa orang kata! Setiap kali makan pasti nak ada sedikit sajian yang pedas. Sambal cili apilah jawabnya sebab paling mudah dan senang nak buat. So hari ni kak bell share resepi sambal tumbuk ikan bilis sebagai pembuka selera korang!


Bahan-bahan:
3 biji bawang merah
15 biji cili api
Sedikit ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menggoreng
Secubit Garam

Cara Membuat:
Gorengkan bawang dan cili api sampai layur. Kemudian goreng garing ikan bilis tadi.



Masukkan semua bahan yang dilayur tadi, sedikit garam dan tumbuk sedikit lumat. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi dan tumbuk kasar je.


Dah siap! Makan dengan nasi panas dan ulam- ulaman pasti sedap! Ringkas dan padat kan? Bolehla korang cili mulut tetamu korang dengan sambal goreng ikan bilis ni kay!


CONVERSATION

2 comments:

  1. mesti podeh hamek ni (bak kate org n9)

    ReplyDelete
  2. Ini favorite I ni. Lama dah makan sambal tumbuk. Dulu arwah nenek slalu buatkan tapi dia bgtau ini resepi abah... bleh repeat tak kasi rasa

    ReplyDelete

Back
to top