Daging Salai Masak Lemak Cili Api (Smoked Meat with Coconut Broth)

Hi korang! Harini kak bel nak share resepi daging salai. Daging salai ni sinonim dengan masak lemak cili api. Selalunya daging salai ni akan dipadankan dengan belimbing buluh, rebung dan juga mangga muda. Susah betul nak dapat belimbing buluh sekarang ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Macam biasalah, kak bell pakai apa yang ada kat dapur..iols gunakan mangga muda untuk resepi hari ni.


Kalau korang gigih, bolehlah salai dulu daging tu. Kak bell beli yang dah siap je. Kebetulan ada adik manis ni promote kat akak daging salai. Harga RM15 untuk 200gram. Ok what! 
200 gram daging salai

Bahan A
200 gram daging salai
1 biji mangga muda (potong 4 atau lebih)
2 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Bahan B (Bahan kisar)
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
Air secukupnya



Boleh juga guna asam gelugor jika tak gunakan belimbing buluh atau mangga muda. Nak pakai pucuk ubi atau pucuk paku pun boleh. Ada juga sesetengah orang tambahkan belacan untuk resepi ni. Mangga kak bell tu takdelah muda sangat. Like2 je mudanya. Anyways pakai je untuk cukupkan korum dalam periuk akak. Hiks!

Cara Memasak:
Masukkan daging salai, mangga, serai, bahan kisar dan garam dalam periuk. Masak sampai daging lembut.

jodohkan semua dalam periuk

Bila daging dah lembut, bolehlah masukkan santan dan kacau supaya tak pecah minyak. Tunggu mendidih dan bolehlah rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gula tu kalau korang sukalah untuk adjust rasa kan. Agak2 dah sedap bolehlah diangkat dan dihidang kay!


Dah siap pun makan malam kak bel arini. Pedas ok cili pada ni! Siap ada tukang rasa jemputan lagi hari ni. Kata chef undangan warna cantik, pedas dan rasa semua cukup. Orang Negeri Sembilan hokkey! Nasib baik masakan akak lulusss. Haruslah kan..siapa yang masak! Haha! Akak nak makan sekarang. K Bye.

Btw, Selamat mencuba!

CONVERSATION

2 comments:

  1. Thanks bell! bagi I rasa masakan you ni. Superb power pedas nyer! and of course delicous beb!

    ReplyDelete

Back
to top