5 Tips Penjagaan Bulu Kucing

Hi Korang! Semua orang nak bela kucing yang cantik dan gebu. Berebut2 nak kucing cantik kan! Kebiasaanya kucing baka Persian atau baka long hair yang lain memang memerlukan penjagaan lebih untuk bulu mereka kekal cantik. Btw, kucing kak bell baka mix DLH (domestic long hair) je. Jenuh jugaklah nak memvakum dan mengemas sebab bulu banyak gugur.



Diantara masalah2 yang selalu berlaku kat kucing kesayangan kita seperti;
1) Bulu kucing bergumpal tebal
2) Muntah bulu hairball yg kerap
3) Keguguran bulu yang melampau
4) Fungal atau Ringworm
5) Penularan kutu disebabkan bulu tebal yang bergumpal

Cik Lucy ni pernah kena fungal walaupun tak pernah keluar dan bercampur dengan kucing outdoor. Rupanya memang genetik famili dia ada masalah ni. Medicated shampoo yang vet bagi sangat kuat ibarat clorox kena kat tangan kita (sebab tak pakai glove). Kesian sgt masa tu. So terpaksalah buat lion cat dan alhamdullillah da sihat. Khidmat lion cut tu buat kat rumah je sebab Pet Spa area iols ni tak nak amek kucing sakit. Over sangat!! RM25 je buat lion cut ni. Nak tau PM kay! hihi.


'Lion Cut'


Waktu ni Cik Lucy kena kuarantin sebab takut berjangkit dengan yang lain. Kesian jugaklah sebab dia jenis manja dan nak dibelai selalu. Untuk masalah fungal yang sikit boleh je pakai krim Himalaya yang khas dan natural untuk kucing. Tapi memang dorang tak suka sebab baunya kuat macam bau rempah ratus gitu!



5 Tip Penjagaan Bulu Kucing

1.Bulu Cantik Bermula Daripada Kulit Cantik
Tak kiralah kucing anda baka apa sekali pun, untuk dapatkan bulu yang cantik dan sihat, DIET dan nutisi yang sihat adalah sangat penting. Makanan premium yang ada Omega 3 misalnya boleh membantu hasilkan kulit yang sihat, dan semestinya bulu yang kuat dan bersinar.

2. Kulit Bebas Parasit (Kutu/Cacing)
Nak bulu cantik juga kena pastikan kucing kita bebas parasit luar dan dalam badan. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat dan bulu senang gugur. Cacing di dalam usus yg banyak juga menganggu nutrisi yg diserap badan, jadi kulit dan bulu akan kusam dan kering. Buat pemeriksaan parasit dengan Vet korang, dan pastikan kucing anda dilindungi dengan Combo Anti-Parasit (kutu, telur kutu, cacing, kutu telinga, heartworm, hama).

3. Sikat dan Berus (Grooming)
Kerapkan sikat dan berus kucing anda setiap hari atau sekurangnya 3x seminggu. Sikat untuk elakkan bulu bergumpal, berus untuk bersihkan dasar kulit dari kulit mati dan bantu peredaran darah untuk kulit yg sihat. Pastikan bulu disikat dahulu, buang gumpalan sebelum mandikan mereka. Gumpalan bulu yang basah sangat susah nak disikat dan dileraikan
.


4. Shampu dan Perapi
Mandikan kucing sekurangnya sekali seminggu, untuk bersihkan permukaan kulit dan bulu. Gunakan shampu yang khas untuk kucing, bukan shampu manusia kerana kandngan ph yang berbeza menyebabkan kulit kucing jadi kering, naik radang atau allergy. Gunakan shampu dan perapi khas bagi kucing untuk:
-Melembutkan bulu dari akar dan kulit
-Kekalkan & menaikkan warna bulu
-Bulu lebih bersinar dan licin
-Selamat untuk anak-anak kucing di bawah 4 bulan
-Shampoo yg boleh bantu merawat masalah kulit fungus, kudis dan jangkitan bakteria
-Shampoo dgn perapi 2 in 1, daripada bahan natural yg selamat untuk kucing


Tips mandian terbaik pula pastikan korang bilas bersih bulu kucing selepas shampu, kerana saki baki shampoo/sabun di badan yang tidak bersih boleh kusamkan bulu mereka dan menyebabkan gatal/allergy

5. Finishing Spray
Spray pewangi selalunya diberikan last sekali sebelum blow kering kucing korang. Berfungsi untuk jadikan bulu lebih licin berkilat dan juga wangi!

Untuk ubat kutu kak bell gunakan brand Frontline Spot On atau Advantage Cat. Ubat kutu ni ikut kesesuaian pada kucing korang lah. Selain tu, kak bell gunakan Salmon Oil dari Ocean Kiss. Pakailah mana2 produk pun asalkan baik untuk kucing korang.



Semua tips atas ni senang je nak buat sendiri kt rumah tapi kena konsisten dan rajin ajelah. Nak hantar grooming kat mana2 kedai pet pun okay. Kalau korang nak senang lagi, bela je Sphynx takde bulu! K bye..

Sumber:
Klinik Haiwan I-Vet Petcare

CONVERSATION

5 comments:

LaLoLa BeLLuS said...

Boleh saya tahu contact number perkhidmatan lion cut tu?

Bella Jamal said...

Hi Cik LaLoLa BeLLus boleh pm ig saya. Nanti sy bg nombornya

Bie.YOU said...

Hi. Saya pun nak tau jugak dekat mana ye ada service lion cut ni kucing i dah teruk nauu kutunyaa. ^^

puffy said...

tau tak mana2 vet yg ada perkhidmatan cacing/vaksin anak kucing dgn grooming/mandi kucing yg affordable?

Bella Jamal said...

Sekarang semua agak mahal. ada yang ambik RM60 untuk service lion cut & etc yang dtg ke rumah. Selalu sy pergi vaksin di Klinik Muezza Gombak. Area Bangsar agak mahal. Kena keep looking lah :)

Instagram

Follow Us