Tumis Asparagus & Telur (Stir-Fry Asparagus & Egg)

Beberapa hari lepas, akak jalan2 cuci mata di Pasaraya Hero TTDI. Sesambil minum kopi kat bakery dalam tu, carilah apa yang patut kan. Tetiba teringin pulak nak makan Asparagus. Biasa tengok kat TV je, kat food channel omputih selalu sgt masak benda ni. Dalam hati akak, sedap sangat ke? So, harini gigihla lepas balik kerja main masak2 resepi Tumis Asparagus dengan telur. Nak cakap resepi pun segan sebab mudah sangat. Malam ni fefelin vegetarian je makan sayur tanpa nasi kay. Dah tak koser nak menanak nasi memalam buta kan!


Bahan-bahan:
5-6 batang Asparagus
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Lada benggala dipotong kecil
1 biji telur ayam
10 biji tomato cherry
Sedikit minyak (olive oil etc)
Garam
*Pepper to top (pepper habis so akak tak letak)


Untuk asparagus ni, korang carilah yang halus2 & muda. Pilih yang hujung pangkalnya tidak kering dan kalau boleh dengan ketebalan sama. Nanti nak masak senang. Dah cuci bersih, potong bahagian bawah batang bergantung pada asparagus korang. Potong je bahagian yang korang rase tak boleh nak telan tu.


 
Rupa bentuk Asparagus

Terpulanglah korang nak masak sebatang2 atau pun potong kecil asparagus tu. Untuk bahan lain, sengaja kak Bell tambah tomato cherry dan sedikit lada benggala. Kekonon, kak bell feling vegetarian hari ni.


Cara penyediaan:
1)Bersihkan dan trim asparagus korang. Buang 1/2 inci hujung dan potong asparagus ikut sesuka hati
2)Tumis bawang putih dan bawang merah dengan api perlahan dan kacau
3)Masukkan asparagus dan masak 4-5 minit sampai warnanya hijau terang/kecoklatan dan lembut (nak tahu lembut ke tak korang cucuk je dengan garfu!)
4)Campak tomato cherry & lada benggala dan kacau rata. Kamudian, perasakan dengan sedikit garam
5) Pecahkan sebiji telur dan biar seketika sampai masak


Mudah kan? Rasanya biasa2 je asparagus ni. Macam makan brokoli je pun. Semua vege je hokkey akak telan malam ni. May be esok akak akan kurus. Kalau tak sedap jangan marah akak tau..mungkin korang tak pandai masak kot! Haha. Matilah kena cerca jap lagi.

CONVERSATION

2 comments:

  1. hamboi akak...1 labu ko letak bwg putih..kelass ko jah...wow angat

    ReplyDelete
  2. Akak dah update dah. Seulas or sebijik je..muah

    ReplyDelete

Back
to top