Shop Till You Drop : Berwisata Di Bandung - Day 3 & 4

Sampailah hari ke-3 dan hari terakhir di Bandung sebelum kami pulang semula ke Jakarta. Cabaran hari ni ialah menghabiskan semua duit yang berkepuk2 di Pasar Baru Trade Centre dan juga Kartika Sari. Memang tak sah kalau ke Bandung untuk shoping macam2 barang. Kengkawan pulak kalau dah tahu nak ke Bandung, harus la nak kirim barang. Kadang2 tu melampau2 sampai dorang pulak lupa diri. Korang hengat akak sewa kontena ke nak bawak balik kain2 korang tu nanti?Haha.


Sampai je kat Pasar Baru, Pak Heri kenalkan dengan pendamping untuk tolong angkat2 barang (shoping-helper) dan bawa kitaorang jalan2 dalam tu. Jangan korang ingat jin pulak yer pendamping tu! Orangnye kecik je, mampu ke nak larat bawak semua barang kitaorang ni?

Bandung ni terkenal dengan nama jolokan Paris Van Java. Cakap je korang nak apa, semua ada dari harga tinggi melangit dan sampailah yang murah. Kat sini korang boleh cari busana muslim, aneka jenis kerudung, jilbab (tudung), telekung, pashmina, kain pasang, fabrik, tas, beg, luggage dan lain-lain. Entah2 tudung Kak Senduk pun mungkin ada dijual kat sini tau! Kat Pasar Baru ni memang tempat belanja paling murah tapi kena pandai cari kedai dan juga tawar-menawar lah. Walaupun dah puas bermulut manis, kadang2 tu tak dapat juga nak tawar. Biasalah kan selagi boleh tawar lagi dan lagi. Tips kat sini kena bawak beg korang hati2 sebab ramai pickpocket. Sempat pendamping tu dah pesan, kadang2 makcik2 yg bertudung bagai memang tak sangka toreh beg kita nanti. Hati2 ya girls!


Main longgok aje

Operasi pertama cari lace untuk designer kita The Signature Asha (cubalah contact nak tempah baju) nak buat baju wedding. Pusing2 memang banyak kedai bridal yang manjual fabrik macam cotton, lace dan silk. Memang rambang mata yer, macam nak beli je semua kain then meniaga kat KL. Masa pergi haritu, satu set kain pasang dalam harga RP110,000, dalam RM30 je. Kalau kat Jalan TAR pun rasenya menangis nak cari kain cantik tapi murah kan. Sempatlah borong beberapa pasang kain dan barang2 lain kat sini..

"The Signature Asha"

Miss Suri:Bosannya..bila la dorang ni nak abes beli ni!

Haiyoo!!Sempat lagi tu..pantang jumpa cermin

Sempat kami singgah di 2 buah kedai bridal kat sini. 1st kedai tu lupa dah namanya dan Jai Ho. Memang best layanan kat sini, siap bagi minum kopi, makan2 dan siap pengunjung boleh smoking lagi dalam kedai dia! Tak penah jumpa kedai camni. Memang paling lama lah kat sini, sampai kejung dah rasenya. Btw, korang pasan tak tokey kedai ni macam Jep Sepahtu?

Jep Sepahtu?



Kedai kedua ni kebetulan je singgah sebelum turun ke bawah nak cari telekung dan aksesori2 lain (nak cari bedak Pixy kaedahnya!). Fabrik kat kedai Jai Ho ni memang jauh lagi cantik dan murah! Owner nya orang Pakistan. Sesambil tu jom kita joget lagu Jai Ho dari Pussy Cat Dolls yerr. Sekejap je tawar lite2 memang dia bg murah. Untunglah designer kita yer..Pekerja kedai ni pun ramah dan friendly. Apatah lagi, model2 yang datang belanja. Riuh kejap kedai ni! Yang penting, dorang terus g interview mbak Tera kay. Supermodel from India katanyerrr!




Dah habis shoping kain, kami cari barang2 lain macam travel telekung, beg, t-shirts dan keychains/fridge magnet sebagai ole2. Karang kene carut lak tak bawa balik ole2 Bandung kannn. If korang beli banyak barang, better korang bawak carry bag/recycle bag yang besar untuk memudahkan korang nak berjalan. Walaupun barang banyak, bapak pendamping tu bawakan semuanya ya. Perkasa sangat, tak padan dengan tuannya. Hiks. Sebelum balik sempat bergambar kenang-kenangan bersama bapak pendamping dan of course time bayar tipss uolsss. Maafin pak kecil saja tipsnya! Ongkosnye semua dah habis sebab shopping macam nak rak kat sini!


tgk tu bapak pendamping

Lewat jam 1 petang, dah selesai urusan di Pasar Baru, kami makan tengah hari di Karamba. As usuallah restoren masakan sunda. Sebelum bertolak ke Jakarta, kami singgah di Kartika Sari. Kartika Sari ni salah sebuah destinasi wajib kalau datang ke Bandung. Antara yang popular kat sini ialah roti pisang (Pisang Bollen Keju/Coklat), brownies panggang or kukus, roti durian, roti kacang hijau dan lain-lain. Selain kek dan pastri, ada juga aneka kerepek especially pisang salai. Harus borong uolsss! Btw, roti pisang cheese dia memang sedap!


Kartika Sari


Sampai Jakarta setelah mengharungi kemacetan selama 5jam, Korang bayangkan 5 jam dalam van tu yer! Memang stress gila jammed kat sini. Rasa macam tak nak datang dah Jakarta. So kalau korang nak g Bandung, better turun di airport Bandung terus. Kalau tak ko mengadap la lama2 kat jalan raya yer.


So check-in dulu di Rumah Shinta dan fefeling berjalan di sekitar Mangga Dua pada malamnya. Hotel 2-3 bintang je uolss, jadilah untuk tido semalaman. Kami sewa 2 buah bilik. Disebabkan masalah teknikal, satu bilik tu single bed je yer. Ko bayangkan nak tido berdua!!! Memang malam tu tak selesa pun nak tido. Dah selesai check-in so misi nak mengisi perut lak setelah berjam2 dalam van tadi kan. Mostly kedai2 area hotel dah tutup dan sunyi! So kami decide ke Mangga Dua Square untuk dinner dengan menaiki tuk-tuk. Seronok jugak naik tuk-tuk, siap dengan lampu disco dan lagu dangdut.


Jakarta tuk-tuk

Sampai Mangga Dua Square, kebanyakan kedai dah banyak tutup. So Burger King je yang ada, itu pun dah nak closing. Small outlet je pun macam outlet untuk trainee. Kebetulan dah last order. Tapi yang hanginyer servis lembap nak mampus. Ko bayangkan order kat bawah, tapi masak kat atas (2nd level). Bukan kitaorang je, ada gak foreigner lain sampai dah naik hangin. Redha jewlah! Time nak pick-up tuk-tuk balik ke hotel, kena melalui fly-over nak menyeberang jalan dari Mangga Dua. Area ni korang hati2 lah sebab ada ramai budak2 peminta sedekah. Siap follow ikut belakang, nyanyi2 tp bila tak bagi derma dorang carut nye kita. Biadap sungguh bebudak ni tau! Dah kat negara orang so diamkan ajelah.


Keesokannya, breakfast dulu sebelum ke airport. Sedap nasi lemak Rumah Shinta! Untuk ke airport kami sewa teksi dalam RM40 sebuah. Toyota VIOS lagi teksi dorang. Btw, sepanjang kat Jakarta-Bandung ni memang nampak kereta mewah je dan cuba korang bayangkan tempoh pinjaman 3tahun jer compare kite 9tahun. Pengsan tak?? Terpaksa lah i buat kerja sambilan menjual padi huma sebab nak bayar duit kereta. So sad!! Flight dari Soekarno–Hatta International Airport (Terminal 3) - KLIA2 pada jam 4.30PM tanggal 7 February 2015. Safely arrived KL around 7.30PM cmtulah. Seronok jugalah di Jakarta-Bandung ni. Paling best kalau bawak duit nak shopping kan. Shop Till You Drop!!

CGK International Airport

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top