MUEZZA THE DIVA

Harini nak cerita ttg anak bulus pertama kak bell. Mmg dr kecik minat kucing, tp disebabkan my mum alah pd anak bulus ni so dah besau nilah br tercapat hajat. Moreover influence dgn kawan2 yg ada bela meow. So gigihla operasi mencari meow utk dijaga. Akhirnya, berkenan dgn si comel ni. Muezza nama diberi.


Bermulalah episod baru bila dah ada sorang anak ni kan. 1st day memang mencabar, bising mulut dia al-maklumlah dgn environment baru dan mama baru la katakan. Puaslah berjaga 2,3 malam sb dia nak kita teman dia tido. Kalo dia tk nampak depan mata mulalah dia bising. So terpaksalah, dok depan dia setiap masa. Mulalah risau nak tinggalkan dia sorang2 kt umah time i keje. Tawakkal ajelah.

So skng da masuk umur 2tahun pun. Perangai memang diva. Makan memilih, pastu dgn anak bulus lain tak ngam. Suka buat hal sendiri je. Masa nak makan je bising. Time lain diam je sampai iols ingtkan bisu ke anak aku ni. Haha. Lagi satu perangai dia dah poo2 tak pandai nak kambus. Haish! Stress tgk dok kais litter box. Penat mak jemah tunggu. Kalo sejam tu mengais tak terkambus pun. Diva bebenor geli gamaknya.

Bila tgk gambr time dia kecik, mcm nak menangis pun ada.kesian sebab sorang2. Btw si Muezza ni pandai pose2 menarik bila bergambar.Diva la kekononyer.

Umur 3 bulan

Bab makan memang cerewet. Nak wet food je, kibbles sikit je makan. Padanlah anak dia lagi besar dr dia sb mengada2 sgt. Salmon oil tak nak, makan vitamin tak nak. Nak ayam or ikan rebus je kejenyer. Bab makan memang susahlah dia ni. So far skarang dah ok. Cuma time bg wet food dia nak kosong je, tak nak letak salmon oil dan yg penting nak privasi makan sorang2 kat dapur.

Bekas makan lg besar dari dia

Utk buat dia happy, kite pun belilah bola, tikus la tp semua dia tak nak main. Lagi satu bila mama dia terjerit2 panggil dia, sampai sudah dia tak mai.Bertuah sungguh la budak ni. Sampai sekarang pun mmg dia tak suka nak dibelai2 dan kene dukung. Pening dibuatnye! Ni diantara photo si diva masa kecik. Ala comei ko yer. Macam2 peel.






Perangai kekwatnye tak berubah sampai ke la ni. Pantang kalau ada org yg dia tak kenal, memang mimpilah nak usap dia. Siap kene marah lagi mcm dia nampak ulau!haha. Ni baru perangai sekor. Ada 8 ekor lagi nak menghadap. Apa2 pun comel tak kite?

Fefelin bath tub


CONVERSATION

3 comments:

Back
to top